Tuesday, May 25, 2010

Kisah sehelai String


Tajuk macam karangan budak sekolah rendah. Tapi sebenarnya nak cerita sikit pasal tali yang saya selalu buat gelang dan rantai tu. Itu pon kalo korang perasan. (notice, ok. bukan perasantan tu)

Mungkin ada yang terfikir 'sape la yang nak beli gelang camni?'. Pernah tak korang terpikir camtu? Haa...ngaku ngaku. Tapi tak kesah la...sebab sememangnya kebanyakan gelang tu dibuat untuk dijual pada budak-budak sekolah. Dorang suka tau.

Tapi sape cakap orang remaja atau dewasa tak boleh pakai? Kadang2 saya pon pakai ape...ehee. Dan kalau tak tau, ni nak bagitau - selebriti pon pakai tau. Haa...kalo tak caya, jom tengok gamba yang saya jumpa kat internet ni.

 Paris Hilton lagi tau.

 Yang ni pulak, Nicole Richie.
Ada banyak String bracelet yang cantik-cantik kat blog dia. Macam yang di bawah ni.

Nak tengok lebih-lebih, click sini- Nicole Richie blog.

Belum habis, ada nak tunjuk lagi. 

Miley Cyrus.

Lindsay gila.

Gwyneth.

Wahh banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah tu. 
Perasan tak ramai yang pakai kaler merah tu kan?

Ada yang kata, mereka-meraka ini pakai gelang yang dah semacam trend itu sebenarnya kerana mempercayai unsur-unsur Kabalah atau Hamsa atau juga yang sewaktu dengannya.
Pape jelah.

Yang penting niat. Asalkan tak negatif, tak kurafat, tak memesongkan akidah, 
pakai je la.

*Tetiba topik ni jadi lain pulak. Ok, gostan.

Kenapa saya suka guna tali ini? 
Sebab ia lembut - tak susah bila nak simpul-simpul.
Sebab ia ringan - tak terasa beban bila pakai. Terutama untuk rantai.
Sebab ia juga cantik.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails